Wednesday, 30 November 2016

Assalamualaikum~ Siapa di sini anak Johor ? Angkat tangan skit, nak tengok.. Hehehe, baik . Hari ini sis nak belanja resipi laksa johor, sebab sis anak kelahiran johor~




LAKSA JOHOR



Bahan-bahan :

500 g spaghetti 
800 g ikan tenggiri
1 senduk rempah kari daging ADABI
2 sudu kerisik
1 biji kelapa ( diambil santannya )
garam secukupnya
sedikit gula
sedikit asam jawa
serbuk perasa (jika suka)

    # bahan kisar :
       6 biji bawang besar
       5 ulas bawang putih
       2 inci halia
       1 inci lengkuas

Aksesori tambahan:

taugeh
limau kasturi
bawang besar dipotong halus
daun selasih dipotong halus
sambal belacan
timun


Cara-cara :

1- Spaghetti direbus hingga lembut .
2- Isi ikan direbus kemudian dikisar halus .
3-Tumis bahan kisar . Masukkan rempah bersama 2 cawan air . Kacau rempah hingga pecah minyak .
4- Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, santan, kerisik, garam, sedikit asam jawa, sedikit gula, serbuk perasa (jika suka) . Kacau hingga mendidih . Siap !

Friday, 25 November 2016

Assalamualaikum awak semua~
Hari ini saya nak kongsikan resipi rendang ayam... Haaa, siapa penggemar rendang tu bolehlah cuba ya? Resipi ini resipi turun-temurun tau~



RENDANG AYAM




Bahan-bahan :

1 ekor ayam dipotong 18

Bahan A ( dikisar halus ):
15 tangkai lada kering
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai

   #digoreng tanpa minyak terlebih dahulu
4 sudu besar ketumbar
4 sudu besar jintan halus
1 sudu kecil jintan manis

Bahan B :
1 biji kelapa
kerisik daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
sedikit asam jawa

Bahan C :
2 batang serai dititik
daun kunyit dipotong halus
daun limau purut


Cara-cara :
1- Goreng ayam yang telah dipotong 18 tadi .
2- Tumis bahan A sehingga pecah minyak .
3- Masukkan bahan B . Kacau sehingga kuah menjadi pekat . Masukkan bahan C .
4- Kemudian, masak ayam sehingga kering .

Tuesday, 22 November 2016

Assalamualaikum semua~ Rasanya dah lama tak jenguk blog ni, dah lama juga tak update tentang resipi ... Okay,, hari ni nak share resipi yang mudah je.. Saya memang sangat suka buat kek ni kalau saudara mara datang rumah atau ada majlis apa-apa . Resipi ni simple dan tak banyak guna modal :)



KEK GULA HANGUS a.k.a KEK SARANG SEMUT




Bahan-bahan :

5 biji telur
2 cawan gula ( dihanguskan dengan 2 cawan air )
1 bungkus potagh
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat manis

Cara-cara :

1- 2 cawan gula tadi perlu dihanguskan .
( Caranya gula dimasak di atas api sehingga menjadi perang . Selepas itu tuang 2 cawan air tadi ke dalam gula yang telah perang, gula akan menjadi keras . Kacau sehingga gula larut menjadi air gula . Selepas itu tutup api, ketepikan biarkan air gula sejuk terlebih dahulu . )
2- Kisar telur sehingga kembang, masukkan minyak, susu pekat manis, kisar . Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kisar, dan akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan . Kisar adunan sehingga sebati .
3- Panaskan ketuhar terlebih dahulu dan bakar adunan pada 160 darjah  celcius menggunakan api bawah selama 35 minit .

Saturday, 5 November 2016

Assalamualaikum korang~
Hari ni saya nak kongsi resipi ikan bawal masak hijau ... haa, mesti korang teruja kan..? Hari tu telefon mak ,  lepas tu mak cerita la pasal resipi ni ...serious sedap ! Korang cuba la lepas ni ~



IKAN BAWAL MASAK HIJAU



Bahan-bahan :

2 ekor ikan bawal
2 cawan santan (bersamaan 1 biji kelapa)
gula secukupnya
garam secukupnya

Bahan A (dikisar halus) :
5 biji lada hijau
10 biji lada cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit

Bahan B (direndam dengan air + cuka 1/2 jam) :
# dipotong panjang 1 inci :-
5 tangkai kacang panjang
1 batang lobak merah
1 batang timun
1 biji bawang merah

#bahan yang tidak perlu dipotong :-
1/2 inci halia
5 biji cili merah
5 biji cili hijau


Cara-cara :

1-Penyediaan kuah ikan :-tumis bahan A sehingga pecah minyak . Kemudaian masukkan santan dan bahan B serta tambahkan gula dan garam secukupnya . Ketepikan .
2-2 ekor ikan bawal digoreng dan diletakkan di atas pinggan lebar .
3-Kuah ikan tadi dituang di atas ikan yang telah digoreng . Siap untuk dihidang !

Friday, 4 November 2016

Hari saya nak belanja resipi kuih lapis.. kebanyakan kuih lapis yang kita jumpa warna pink putih kan, tapi ada je orang letak warna lain .. saya memang suka sangat kuih ni, kalau makan tu saya akan makan selapis-selapis.. kalau saya makan kuih ni rasa comel je....sebab warna pink ;) kalau dekat kedai jual kuih ni yang warna lain, saya memang tak beli la sebab takde  feel nak makan ~hehehe..



KUIH LAPIS


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2 cawan gula pasir
8 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa
2 helai daun pandan
sedikit garam
pewarna merah

Cara-cara :

1-Santan, gula dan daun pandan dimasak sehingga naik wap kemudian sejukkan .
2-Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras ke dalam santan tadi . Kacau sehingga larut .
3-Bahagikan adunan kepada dua bahagian-merah dan putih .
4-Panaskan air kukusan , kemudian kukus adunan (merah dan putih) selapis-selapis berselang-seli sehingga habis . Siap !



Tuesday, 1 November 2016

Hai semua~ petang ni rasa nak update resipi buat kek pulak ..  tulis banyak resipi ni rasa macam dah pro pulak bab masak-memasak ni .. teringin nak kongsi resipi ni pun sebab teringat masa sekolah dulu mak ada kirim barang dekat datuk sedara bagi dekat anak dia ni haa..(datuk sedara duduk dekat dengan sekolah saya dulu) . Berbalik pada barang kiriman mak, tengok dalam beg plastik tu mak ada bagi kek ni.. Biasa la budak asrama,, makanan ada depan mata mesti berebut punya . Saya pun berbagi la kek tu untuk satu batch..(sebab batch kami dulu tak ramai sangat, jadi cukuplah untuk sama-sama menikmati kek yang kecil tu) .. Lepas tu mereka cakap sedap dan minta resipinya dekat saya, dan saya pi tanya dekat mak resipi ni .. Haaa,, tu lah kisah disebalik macam mana saya boleh tau resipi kek ni~



KEK COKLAT MOISE



Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
1 cawan koko (diayak terlebih dahulu)
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
2 cawan gula kasar
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis

Bahan-bahan topping :

2 mug air
4 sudu makan koko
2 sudu susu pekat manis
11 sudu gula
2 sudu minyak makan
sedikit tepung jagung (untuk memekatkan adunan)

Bahan hiasan :
chocolate rice

Cara-cara :

Untuk kek:-
1-Pukul telur, gula kasar, minyak masak, air suam dan susu pekat manissehingga kembang .
2-Masukkan tepung gandum . Pukul rata . Masukkan koko yang telah diayak . Pukul rata . Masukkan baking powder dan soda biakarbonat . Pukul rata .  
3-Kukus adunan tadi selama 15 minit .. (untuk kelihatan lebih comel, kukus di dalam cawan lompang)

Untuk topping:-
1-Campurkan bahan-bahan untuk topping tadi dan bahan-bahan ini dimasak di atas api . 
2- Kacau rata sehingga adunan likat ..(kacau selalu untuk elakkan adunan berkerak)

* Setelah siap kek dan topping *
-Topping tadi dituang di atas kek tadi sementara masih panas . 
-Taburkan chocolate rice di atas topping . Siap untuk dihidang !

Okey,, sekarang ni kita usyar resipi orang kampung pulak ye .. kerabu mangga muda . Hari tu selak-selak buku resipi, sebab mak minta carikan resipi yang sedap . Lepas tu terjumpa la resipi ni .. tak tipu, memang sedap ! Kalau anda bukan anak kampung, dan tak makan makanan kampung, apa kata cuba resipi ni sebab saya pun bukan la anak kampung sangat ... memang sedap . Saya yang tengah menaip resipi ni pun kecur air liur membayangkan~


KERABU MANGGA MUDA




Bahan A :

2 biji mangga muda (dihiris memanjang)
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1/2 biji kelapa (diambil putih)
2 ekor ikan kembung
garam dan gula

Bahan B :

hirisan timun
daun parsli
tomato

Cara-cara :

1-Bawang besar, halia dan lada hitam ditumbuk halus .
2-Kelapa digoreng tanpa minyak dan ditumbuk untuk dibuat kerisik .
3-Ikan digoreng dan ditumbuk isinya .
4-Gaul kesemua bahan tadi ke dalam mangga .
5-Masukkan garam dan gula secukupnya .
6-Hias dengan daun parsli, hirisan timun dan tomato . Siap !

Monday, 31 October 2016

Hari ini saya nak update tentang resipi kari lemak ketam . Alkisahnya bulan lepas keluarga saya melawat pak cik saya yang tinggal di Ipoh, Perak . Dah lama tak jumpa walaupun saudara dekat (abang mak saya je pun) .. pak cik saya punyalah teruja sampai beli makanan laut 'fresh' punya . Mak pun apalagi masak lah ketam tu masak kari lemak ,, sebabnya ayah pun jarang beli ketam .. saya ambil resipi ni pun sebab cara masak dia 'rare'... ok sampai situ je kisahnya .. hehehe ;)



KARI LEMAK KETAM TUMIS DARAT




Bahan-bahan :
1 kg ketam
1/2 biji nanas (dihiris)
1 biji kelapa
4 biji bawang merah (bersaiz kecil)
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
2 cawan air
garam secukupnya
sedikit gula
       
      dikisar halus :
        3 sudu makan rempah kari
        1 ulas bawang putih
        1 biji bawang merah
        1 inci halia

Cara-cara :

1- Bahan kisar  + 2 cawan air dimasak hingga kering . Masukkan santan, nenas, ketam, garam, dan sedikit gula . Rebus sehingga ketam masak . Ketepikan .
2- Tumis bawang putih dan merah hingga garing, lalu masukkan daun kari dan halba campur . Kacau sekejap dan tutup api . Tumisan ini kemudiannya dituang ke dalam kari ketam yang diketepikan tadi . Tutup rapat selama 10 minit supaya masakan lebih wangi . Kacau rata sebelum dihidangkan .

Sunday, 30 October 2016


Assalamualaikum semua~

Selamat datang ke blog saya .. i'm ateeq ,,blog ini saya nak bercerita tentang makanan tempatan ,,  sebagai pengenalan , untuk pengetahuan anda, saya ni orang johor tau~ eheh..tapi saya kacuk jawa dan penang.. jadi, resipi yang akan saya tulis nanti mungkin sudah diubahsuai mengikut citarasa johor + jawa + penang ;) saya ni tidaklah pandai sangat masak ,, tapi saya cuba korek resipi emak saya .. kan orang kata masakan emak paling terbaik di dunia .. tak gitu ? so,, nantikan resipi dari saya ya ..~

#barunakmulabelajarmasak
#lepaspenatmakmembebelkataanaktakpandaimasak
#jawapanakusengihjela