Hari saya nak belanja resipi kuih lapis.. kebanyakan kuih lapis yang kita jumpa warna pink putih kan, tapi ada je orang letak warna lain .. saya memang suka sangat kuih ni, kalau makan tu saya akan makan selapis-selapis.. kalau saya makan kuih ni rasa comel je....sebab warna pink ;) kalau dekat kedai jual kuih ni yang warna lain, saya memang tak beli la sebab takde feel nak makan ~hehehe..
KUIH LAPIS
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2 cawan gula pasir
8 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa
2 helai daun pandan
sedikit garam
pewarna merah
Cara-cara :
1-Santan, gula dan daun pandan dimasak sehingga naik wap kemudian sejukkan .
2-Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras ke dalam santan tadi . Kacau sehingga larut .
3-Bahagikan adunan kepada dua bahagian-merah dan putih .
4-Panaskan air kukusan , kemudian kukus adunan (merah dan putih) selapis-selapis berselang-seli sehingga habis . Siap !
No comments:
Post a Comment